Jumaat, 6 Julai 2012

Rezeki kita DIA yg tentukan!!!

Ya ALLAH! Bahawasanya waktu dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu keindahan itu adalah keindahan-Mu kecantikan itu adalah kecantikan-Mu kekuatan itu adalah kekuatan-Mu kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu Ya ALLAH! Ya Tuhanku jika rezekiku berada dia atas langit maka turunkanlah dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah dan jika sukar maka mudahkanlah jika haram maka sucikanlah jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang salih.

  Rezeki kita DIA yang tentukan!Hidup mati kita, jodoh dan pertemuan, segalanya milik percaturan DIA. Tinggal homework yang perlu kita buat adalah berusaha sehabis daya, berikhtiar sehabis baik dan bertawakkallah dengan sebenar-benar tawakkal. Yakinlah dengan sepenuh hati akan kuasa dan ketentuan-NYA.

 Kenapa nak mempersoalkan bilalah nak dapat kerja, bilalah nak dapat A, bilalah nak dapat Dean's List, bilalah nak jadi best student. Bila dan bila? Semua itu kerja DIA.
Kerja kita , usaha,usaha dan usaha. Ikhtiar, ikhtiar dan ikhtiar. Yakin, dan berdoa. Jangan patah semangat. Jangan putus asa. Jangan menaku kalah. Jangan menyalahkan takdir. Jangan membenci dan menyalahkan DIA.

Rezeki kita DIA yang tentukan! "Pintalah pertolongan dengan jalan yang sabar...Satu lagi, jangan lupa....bersyukurlah! Jadilah insan yang sentiasa rendah hati, rendah diri pada DIA dan sering kali bersyukur pada nikmat yang tak pernah kunjung padam."

 Sebenarnya, lagi lambat nikmat datang, lagi dekat kita pada DIA. Lagi kasih kita pada DIA. Andai kata senang-senang kita dapat A, senang-senang kita siapkan projek, senang-senang pergi satu temuduga terus dapat kerja...adakah hati kita tahu nak berterima kasih.

Adakah hati kita pandai untuk bersyukur. Adakah hati kita bebas dari riak dan takabbur Rezeki kita DIA yang tentukan! Biarlah lagi banyak diduga, lagi manis terasa. Biarlah terasa kerdilnya diri saat mengadu menghadap DIA. Biarlah basah bermandi air mata saat sepertiga malam bangun bermunajat merayu pada DIA. Biarlah rasa malu dan sedih saat sujud menghadap DIA. Biarlah rasa hinanya kita berbanding insan lain. Biarlah DIA satu-satunya tempat kita mengadu dan meminta. Biarlah rasa kerdilnya diri saat ketika kita sedar, kita hanya manusia biasa yang tiada apa-apa...

 Bersyukurlah dengan nikmat kecantikan, kelebihan, kebolehan, kepandaian yang ALLAH pinjamkan untuk kita. Kita hanya manusia yang tak ada apa-apa. Tak perlu rasa iri hati pada yang lain, sebab mereka pun insan biasa seperti kita.... Yang dipinjamkan ALLAH segala kelebihan sementara.
 Belajarlah untuk berkata ALHAMDULILLAH. Kerana setiap kerdipan mata, setiap helaan nafas kita, setiap suapan nasi kita, setiap tegukan air kita adalah milik DIA.

Milik ALLAH SWT. Rezeki kita DIA yang tentukan!

 "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan...."-Al-Fatihah:5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan