Sabtu, 17 November 2012

Kolej Universiti Islam......

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di blog ni.. Seperti yang tertera di atas, kolej universiti Islam...apa yang ada di fikiran kalian?

Ya, betul...Alhamdulillah, saya telah menerima tawaran kemasukan ke kolej itu, in shaa ALLAH saya akan sambung pengajian pada 3.12.2012 ini. Tinggal 2 minggu saja lagi..rasa gementar, takut..gembira..semua ada..

Ingatlah! Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad..itu bermaksud, ILMU sangat-sangat penting dalam kehidupan ni...nak-nak dah akhir zaman ni...confirmlah kena banyak-banyakkan ilmu..bukan nak banyak je kawan-kawan...tp, yang paling penting kita amalkan sekali ilmu yang kita dapat tu...






#Kolej Universiti Islam Melaka

Jumaat, 2 November 2012

Runtun Qalbu~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, akhirnyaaa...dpt juga saya merajinkan tangan untuk menulis sedikit perkongsian minat saya terhadap dunia seni~ ...fuhh~

Runtun Qalbu~ sebuah drama arahan ahmad khalid nazri adik kepada ahmad idham..dah lama ahmad idham tak berlakon kan?? yela, skrg mengarah je..* tiba-tiba teringat cerita cinderella...hehe
penulis skrip lupa pulak siapa..penulis skrip penting tau..

Runtun Qalbu sebuah cerita yang sangat menarik..saya ni suka sangat drama-drama islamik..tp saya lebih suka sinetron islami dari Indonesia..entah kenapa saya suka sangat sinetron..walaupun panjang, tapi...lama-lama boring jugak..hehehe

Tagline cerita ni memang meruntun qalbu ni... Tunjukkan Aku Jalan Pulang..

Runtun Qalbu telah memberikan saya satu semangat untuk terus berjuang menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan..

Nak letak sinopsis..malas la, sebab saya confirm la..website-website lain mesti dah berlambak-lambak sinopsis dia..

#suka sangat ost RQ ni...Noktah by Hazama :)


Jumaat, 24 Ogos 2012

AidilFitri Kembali Lagi!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kecilku ini..Apa khabar semua?? Harap-harap sihat semuanya...

Erm..apa yang boleh dikongsi dengan kalian waktu-waktu hari raya ni..macam biasa laa..tiap-tiap pagi raya yang pertama mesti pergi melawat kubur arwah adik saya yg tersayang..kadang-kadang saya pelik dengan diri saya ni..dah 7 tahun lamanya..saya masih menitiskan air mata di atas pemergiannya..apa-apa pun saya mesti teruskan hidup walaupun adik tiada lagi di sisi saya..

Hari raya ni jangan lupa minta maaf zahir dan batin kepada semua orang..ok

Semoga kita diredhai ALLAH SWT

SelAmat HaRi RayA anak-anak cucu adam!

# lagi satu, jangan lupa kekalkan ibadah yang selalu kita buat masa Ramadhan yg lalu..kecuali Solat Tarawikh.. ^_^

Ahad, 12 Ogos 2012

Ramadhan hampir meninggalkan kita!!!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di blog saya ini. Berkaitan Ramadhan...rasanya sedih menyapa hati tatkala terpaksa merelakan perpisahan dengannya...tak tau kenapa..agak-agaknya Ramadhan ni Ramadhan terakhir saya tak..erm..tak taulah saya. Apa-apa pun saya sangat-sangat berharap agar amal ibadah/kebaikan saya diterima oleh ALLAH SWT

10 Ramadhan terakhir ni.. ayuh kita kejar Lailatul Qadr. Moga-moga kalian dan saya turut meraihnya..insha ALLAH, kalau kita sungguh-sungguh cari..dia akan datang kepada kita. Percayalah!!!




Amalkanlah doa di atas ini ye..^_^

Selasa, 31 Julai 2012

Ayat-aYaT CInTa


Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah ALLAH.
Kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah AL-QURAN.

Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan,
maka tawakal kepada ALLAH dengan kesabaran

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
jika diri tak seindah Sulaiman

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim
jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah

Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah
jika diri tidak sesempurna Nabi MUHAMMAD SAW.


Ayat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
Ayat ini juga mengingatkan kepada diri saya supaya menyedari bahawa kita adalah makhluk ALLAH SWT yang tidak sempurna..kita punya banyak kekurangannya...kita tak perlulah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana apa yang kita miliki hanyalah pinjaman yang ALLAH SWT berikan kepada kita

Isnin, 30 Julai 2012

Bila Cinta Harus Dikorbankan???



Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan menulis di sini.

Bila cinta harus dikorbankan?? ~fuhh, tajuk tak boleh blah~ macam lirik lagu je..yeke?? entahlah..tak penting pun..hehe

Cinta..?? Hurm, ramai yang mempersoalkan apa tu cinta?? Malah, ada yang tanya..kenapa ada cinta, kalau menyakitkan hati je??

Hellooo, cinta ni bukan sesuka hati je jatuh, jatuh pun ada sebab tertentu.
Sebenarnya bila waktunya kita nak korbankan cinta?? Kenapa?? Memang wajib ke korbankan cinta?

Saya tak kata wajib korbankan cinta anda itu..tapi, kalau cinta anda itu akan memerangkap anda ke dalam dosa-dosa..saya sarankan tinggalkanlah cinta itu sekarang..

Haa, waktu itulah cinta anda harus dikorbankan...bukan saja harus malah wajib!!!

Cinta yang harus dikorbankan itu pasti anda semua dah tahu..apa cinta tu??

Cinta yang akan memerangkap anda ke dalam nafsu yang tidak berkesudahan itulah yang akan terkeluar daripada senarai pencarian cinta sejati yang anda impikan selama ini... ~fuh~

Cinta yang membuatkan anda leka dengan nikmat dunia..leka sampai tidak ingat langsung kewajipan yang seharusnya dilaksanakan~

Cinta yang membuatkan anda terlalu obses dengan perkara-perkara duniawi..

Itulah cinta yang harus kita korbankan.. ~biarlah cinta semu harus dikorbankan, jangan cinta kepada ALLAH yang terkorban~ ^_^

Happy je tengok?? tak dpt IpTA...

Hehe..yeke?? Biasa-biasa je..
 Sebenarnya siapa-siapa pun yang tak dapat tempat kat ipta, mesti sedih kan?? Saya pun sedih jugak..siapa kata saya tak sedih..bila nak check result tu..waaaa, macam nak terkeluar dah jantung, hati bagai..tapi, bila dah dapat check tu..rasa sedih terlempar di hati..tak tau nak cakap apa..

cuma terkilan sikit saja..

lepas je dapat tahu yang saya tidak punya tempat di ipta tu..rasa gemuruh tu dah hilang..apa yang saya boleh cakap, saya redha..

ya, mungkin ada yang akan cakap..tak usaha lebih la tu...malas..dan macam-macam tebakan...andaian lagi..tapi, saya tak kisah apa orang lain nak cakap..cakap jelah. Sebab saya ni jenis orang yang tak akan terpengaruh dengan kata-kata orang, lebih-lebih lagi yang merepek aje..

Saya happy sebab..saya dapat rasa hikmah tersendiri kenapa saya tidak masuk ke ipta.
Antara sebab-sebab yang dapat saya tangkap:


  1. Dekat IPTA, saya tidak akan dapat masuk bidang agama. Jujurnya, saya minat bidang agama dari form 5 lg..hehe
  2. Mungkin saya belum matang lagi untuk belajar di IPTA. ~fuhh, biar betul~
Setakat tu jelah saya dpt tangkap hikmah dia....heee~

ok, di sini saya nak jelaskan..saya kenalah berfikiran positif dengan ALLAH SWT, sebab Dia yang tentukan saya kat mana nanti. Saya tahu ALLAH sengaja tak nak saya belajar kat ipta tu sebab....erm..sebab?? adalah sebab dia..mungkin ALLAH nak bagi peluang kat saya untuk belajar agama di kolej islam..inshaALLAH, DENGAN IZIN ALLAH pasti berjaya!!!!