Selasa, 31 Julai 2012

Ayat-aYaT CInTa


Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah ALLAH.
Kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah AL-QURAN.

Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan,
maka tawakal kepada ALLAH dengan kesabaran

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
jika diri tak seindah Sulaiman

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim
jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah

Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah
jika diri tidak sesempurna Nabi MUHAMMAD SAW.


Ayat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
Ayat ini juga mengingatkan kepada diri saya supaya menyedari bahawa kita adalah makhluk ALLAH SWT yang tidak sempurna..kita punya banyak kekurangannya...kita tak perlulah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana apa yang kita miliki hanyalah pinjaman yang ALLAH SWT berikan kepada kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan