Selasa, 31 Julai 2012

Ayat-aYaT CInTa


Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah ALLAH.
Kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah AL-QURAN.

Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan,
maka tawakal kepada ALLAH dengan kesabaran

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
jika diri tak seindah Sulaiman

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim
jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah

Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah
jika diri tidak sesempurna Nabi MUHAMMAD SAW.


Ayat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
Ayat ini juga mengingatkan kepada diri saya supaya menyedari bahawa kita adalah makhluk ALLAH SWT yang tidak sempurna..kita punya banyak kekurangannya...kita tak perlulah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana apa yang kita miliki hanyalah pinjaman yang ALLAH SWT berikan kepada kita

Isnin, 30 Julai 2012

Bila Cinta Harus Dikorbankan???



Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan menulis di sini.

Bila cinta harus dikorbankan?? ~fuhh, tajuk tak boleh blah~ macam lirik lagu je..yeke?? entahlah..tak penting pun..hehe

Cinta..?? Hurm, ramai yang mempersoalkan apa tu cinta?? Malah, ada yang tanya..kenapa ada cinta, kalau menyakitkan hati je??

Hellooo, cinta ni bukan sesuka hati je jatuh, jatuh pun ada sebab tertentu.
Sebenarnya bila waktunya kita nak korbankan cinta?? Kenapa?? Memang wajib ke korbankan cinta?

Saya tak kata wajib korbankan cinta anda itu..tapi, kalau cinta anda itu akan memerangkap anda ke dalam dosa-dosa..saya sarankan tinggalkanlah cinta itu sekarang..

Haa, waktu itulah cinta anda harus dikorbankan...bukan saja harus malah wajib!!!

Cinta yang harus dikorbankan itu pasti anda semua dah tahu..apa cinta tu??

Cinta yang akan memerangkap anda ke dalam nafsu yang tidak berkesudahan itulah yang akan terkeluar daripada senarai pencarian cinta sejati yang anda impikan selama ini... ~fuh~

Cinta yang membuatkan anda leka dengan nikmat dunia..leka sampai tidak ingat langsung kewajipan yang seharusnya dilaksanakan~

Cinta yang membuatkan anda terlalu obses dengan perkara-perkara duniawi..

Itulah cinta yang harus kita korbankan.. ~biarlah cinta semu harus dikorbankan, jangan cinta kepada ALLAH yang terkorban~ ^_^

Happy je tengok?? tak dpt IpTA...

Hehe..yeke?? Biasa-biasa je..
 Sebenarnya siapa-siapa pun yang tak dapat tempat kat ipta, mesti sedih kan?? Saya pun sedih jugak..siapa kata saya tak sedih..bila nak check result tu..waaaa, macam nak terkeluar dah jantung, hati bagai..tapi, bila dah dapat check tu..rasa sedih terlempar di hati..tak tau nak cakap apa..

cuma terkilan sikit saja..

lepas je dapat tahu yang saya tidak punya tempat di ipta tu..rasa gemuruh tu dah hilang..apa yang saya boleh cakap, saya redha..

ya, mungkin ada yang akan cakap..tak usaha lebih la tu...malas..dan macam-macam tebakan...andaian lagi..tapi, saya tak kisah apa orang lain nak cakap..cakap jelah. Sebab saya ni jenis orang yang tak akan terpengaruh dengan kata-kata orang, lebih-lebih lagi yang merepek aje..

Saya happy sebab..saya dapat rasa hikmah tersendiri kenapa saya tidak masuk ke ipta.
Antara sebab-sebab yang dapat saya tangkap:


  1. Dekat IPTA, saya tidak akan dapat masuk bidang agama. Jujurnya, saya minat bidang agama dari form 5 lg..hehe
  2. Mungkin saya belum matang lagi untuk belajar di IPTA. ~fuhh, biar betul~
Setakat tu jelah saya dpt tangkap hikmah dia....heee~

ok, di sini saya nak jelaskan..saya kenalah berfikiran positif dengan ALLAH SWT, sebab Dia yang tentukan saya kat mana nanti. Saya tahu ALLAH sengaja tak nak saya belajar kat ipta tu sebab....erm..sebab?? adalah sebab dia..mungkin ALLAH nak bagi peluang kat saya untuk belajar agama di kolej islam..inshaALLAH, DENGAN IZIN ALLAH pasti berjaya!!!!


UPU dah keluar...mcm mana??

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk mencoret-coret sedikit pengalaman hidup..eh, ada ke ayat mencoret-coret tu?? Tak tau pulak saya..hehe, tp semua faham kan?? Tak faham, sudah...

sebenarnya hampir sebulan saya tidak menjejakkan diri ke kampung fb..alasan?? Malas nak tengok, malas komen, malas ..... segala-galanya la malas..

tapi sejak dua tiga hari ni saya dah kembali aktifkan fb..hehe..ada yang cakap kenapa deactive?? Saja je..
Owh, ingatkan lari dr pakwe td... -,-' ???

Tak apalah, itu semua andaian semata-mata..oklah berbalik kepada tajuk di atas..mesti ada yg terdetik dalam hati...oh, bdk lepasan sekolah rupanya..Ye, memang saya budak lepasan sekolah menengah.. lepasan STPM.

Dua tiga hari lepas, bimbang menguasai diri...alaaa, macam mana nak masuk fb ni?? Kalau masuk fb mesti ada yang tanya dapat mana?? sambung belajar kat mana?? Hurmmm..tak apalah lumrah hidup. Kalau saya pun mesti tanya jugak..hehe

Ternyata sangkaanku benar belaka..seorang abang merangkap guru sejarahku di sekolah menengah..bertanya dapat sambung belajar mana .....??

*Kejap...ok kat bawah ni saya dah merungkai soalan-soalan anda..^_^




Jumaat, 6 Julai 2012

Rezeki kita DIA yg tentukan!!!

Ya ALLAH! Bahawasanya waktu dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu keindahan itu adalah keindahan-Mu kecantikan itu adalah kecantikan-Mu kekuatan itu adalah kekuatan-Mu kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu Ya ALLAH! Ya Tuhanku jika rezekiku berada dia atas langit maka turunkanlah dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah dan jika sukar maka mudahkanlah jika haram maka sucikanlah jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang salih.

  Rezeki kita DIA yang tentukan!Hidup mati kita, jodoh dan pertemuan, segalanya milik percaturan DIA. Tinggal homework yang perlu kita buat adalah berusaha sehabis daya, berikhtiar sehabis baik dan bertawakkallah dengan sebenar-benar tawakkal. Yakinlah dengan sepenuh hati akan kuasa dan ketentuan-NYA.

 Kenapa nak mempersoalkan bilalah nak dapat kerja, bilalah nak dapat A, bilalah nak dapat Dean's List, bilalah nak jadi best student. Bila dan bila? Semua itu kerja DIA.
Kerja kita , usaha,usaha dan usaha. Ikhtiar, ikhtiar dan ikhtiar. Yakin, dan berdoa. Jangan patah semangat. Jangan putus asa. Jangan menaku kalah. Jangan menyalahkan takdir. Jangan membenci dan menyalahkan DIA.

Rezeki kita DIA yang tentukan! "Pintalah pertolongan dengan jalan yang sabar...Satu lagi, jangan lupa....bersyukurlah! Jadilah insan yang sentiasa rendah hati, rendah diri pada DIA dan sering kali bersyukur pada nikmat yang tak pernah kunjung padam."

 Sebenarnya, lagi lambat nikmat datang, lagi dekat kita pada DIA. Lagi kasih kita pada DIA. Andai kata senang-senang kita dapat A, senang-senang kita siapkan projek, senang-senang pergi satu temuduga terus dapat kerja...adakah hati kita tahu nak berterima kasih.

Adakah hati kita pandai untuk bersyukur. Adakah hati kita bebas dari riak dan takabbur Rezeki kita DIA yang tentukan! Biarlah lagi banyak diduga, lagi manis terasa. Biarlah terasa kerdilnya diri saat mengadu menghadap DIA. Biarlah basah bermandi air mata saat sepertiga malam bangun bermunajat merayu pada DIA. Biarlah rasa malu dan sedih saat sujud menghadap DIA. Biarlah rasa hinanya kita berbanding insan lain. Biarlah DIA satu-satunya tempat kita mengadu dan meminta. Biarlah rasa kerdilnya diri saat ketika kita sedar, kita hanya manusia biasa yang tiada apa-apa...

 Bersyukurlah dengan nikmat kecantikan, kelebihan, kebolehan, kepandaian yang ALLAH pinjamkan untuk kita. Kita hanya manusia yang tak ada apa-apa. Tak perlu rasa iri hati pada yang lain, sebab mereka pun insan biasa seperti kita.... Yang dipinjamkan ALLAH segala kelebihan sementara.
 Belajarlah untuk berkata ALHAMDULILLAH. Kerana setiap kerdipan mata, setiap helaan nafas kita, setiap suapan nasi kita, setiap tegukan air kita adalah milik DIA.

Milik ALLAH SWT. Rezeki kita DIA yang tentukan!

 "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan...."-Al-Fatihah:5