TEUNLUPER

SAHABAT BARU??

Syukur Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis blog hari ni. Berkaitan tajuk di atas.. sebenarnya tak terlintas langsung di fikiran untuk menulis tentang sahabat tapi memandangkan dia sahabat baru jadi saya kenalah hargai sikit persahabatan yang sudah terjalin antara saya dengannya.. Saya tak berapa ingat bila saya kenal dia..tapi dekat facebook adalah sejarah dia...bila saya approve dia jadi kawan..dari hari itu sampai sekarang dia masih menjadi sahabat saya.. selalu sms saya..pernah sekali dia call saya..saya angkat..hehehe, pertama kali tu bercakap dengan orang penang..waa..gementar rasanya hati ni.. Lepas tu, dia mesej saya..dia cakap saya ni, macam takut-takut cakap dengan dia..hehehe, memang takut pun..sebabnya satu je..MALU. Dia seorang pelajar universiti di perlis. Baik sangat dengan saya. Saya suka berkawan dengannya. Insha ALLAH, saya harap sangat dapat bertemu dengan dia suatu hari nanti. Namanya ialah Nur Syazwani Aisyah.. sedap kan nama dia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan