Isnin, 30 Julai 2012

Bila Cinta Harus Dikorbankan???



Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan menulis di sini.

Bila cinta harus dikorbankan?? ~fuhh, tajuk tak boleh blah~ macam lirik lagu je..yeke?? entahlah..tak penting pun..hehe

Cinta..?? Hurm, ramai yang mempersoalkan apa tu cinta?? Malah, ada yang tanya..kenapa ada cinta, kalau menyakitkan hati je??

Hellooo, cinta ni bukan sesuka hati je jatuh, jatuh pun ada sebab tertentu.
Sebenarnya bila waktunya kita nak korbankan cinta?? Kenapa?? Memang wajib ke korbankan cinta?

Saya tak kata wajib korbankan cinta anda itu..tapi, kalau cinta anda itu akan memerangkap anda ke dalam dosa-dosa..saya sarankan tinggalkanlah cinta itu sekarang..

Haa, waktu itulah cinta anda harus dikorbankan...bukan saja harus malah wajib!!!

Cinta yang harus dikorbankan itu pasti anda semua dah tahu..apa cinta tu??

Cinta yang akan memerangkap anda ke dalam nafsu yang tidak berkesudahan itulah yang akan terkeluar daripada senarai pencarian cinta sejati yang anda impikan selama ini... ~fuh~

Cinta yang membuatkan anda leka dengan nikmat dunia..leka sampai tidak ingat langsung kewajipan yang seharusnya dilaksanakan~

Cinta yang membuatkan anda terlalu obses dengan perkara-perkara duniawi..

Itulah cinta yang harus kita korbankan.. ~biarlah cinta semu harus dikorbankan, jangan cinta kepada ALLAH yang terkorban~ ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan