Ahad, 4 Mac 2012

11 ORANG YG DIDOAKAN MALAIKAT..

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak kongsi satu tajuk yg mcm kat atas tu..11 org yang didoakan malaikat...Macam mana?? Mesti kalian suka kan kalau kalian sentiasa didoakan makhluk suci lagi tak pernah derhaka kepada ALLAH, Tuhan mereka
Sah-sahla kalian orang paling istimewa..jadi orang yang paling dicintai malaikat..hehe
Kalau macam tu sila-sila la ikut cara yang ada kat bawah ni..mana la tau ada di antara kalian dapat manfaatnya kelak...^^

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.