Ahad, 4 Mac 2012

11 ORANG YG DIDOAKAN MALAIKAT..

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak kongsi satu tajuk yg mcm kat atas tu..11 org yang didoakan malaikat...Macam mana?? Mesti kalian suka kan kalau kalian sentiasa didoakan makhluk suci lagi tak pernah derhaka kepada ALLAH, Tuhan mereka
Sah-sahla kalian orang paling istimewa..jadi orang yang paling dicintai malaikat..hehe
Kalau macam tu sila-sila la ikut cara yang ada kat bawah ni..mana la tau ada di antara kalian dapat manfaatnya kelak...^^

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Selasa, 3 Januari 2012

CINTA MILIK ALLAH SWT

SEMUA YANG TERCIPTA DI DALAM DUNIA INI BERPASANGAN…..

TIDAK KIRALAH DI LANGIT DUNIA HINGGALAH ATAS BUMI…

SEMUANYA BOLEH DIKATAKAN BERPASANGAN…

SEPERTI MANUSIA ADA LELAKI, ADA PEREMPUAN

MATA KITA DUA, TELINGA KITA DUA, KAKI JUGA DUA…

NAMUN KENAPA ..? KENAPA..? HATI KITA CUMA SATU…

YA..KERANA ALLAH TELAH MEMBERIKAN HATI KITA YANG LAGI SATU ITU BUAT
PASANGAN KITA….

AKU TAKUT UNTUK JATUH CINTA…

AKU TAKUT AKU TIDAK MAMPU UNTUK BERLAKU SETIA…

DAN AKU JUGA TAKUT HATIKU AKAN TERLUKA…

WAHAI MANUSIA YANG BERNAMA LELAKI…

BUKAN AKU TAKUT UNTUK MENCINTAI DIRIMU..

CUMA APA YANG AKU TAKUTI IALAH..

CINTA DI HATIKU DAN DI HATIMU AKAN HILANG DAN MUSNAH BEGITU SAHAJA..

KERANA HATIMU MILIK ALLAH

BEGITU JUGA HATIKU…

BILA-BILA MASA SAJA ALLAH AKAN MENGAMBIL SEMULA RASA CINTA ITU…

WAHAI HATIKU, JANGANLAH DIKAU TERLALU MENGAGUNGKAN MANUSIA YANG BERNAMA LELAKI…

KERANA AKU TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN KEKECEWAAN……

Isnin, 2 Januari 2012

CINTA BERALIH ARAH

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog sekalian..moga-moga anda semua dirahmati ALLAH TUHAN PEMELIHARA ALAM ini.

Kalian semua mesti tertanya-tanya kan? Kenapa tajuk dia macam tu...hrm..mesti baru putus cinta...kan?
Sorry sikit ye...saya tak mainlah bab cintan-cintun ni..hrm..sebenarnya memang pun saya pernah patah hati..
Tapi itu dah lama berlalu..tapi masalahnya saya patah hati ni bukan jenis patah hati gila-gila..macam biasa aje..mungkin sebab orang yang saya suka itu bukanlah orang yang patut saya cintai...sampai sekarang saya masih tak tahu apa itu cinta sebenarnya..maksud saya kat sini adalah cinta berlainan jantina..hurmm, mungkin belum sampai waktunya untuk saya jatuh cinta..jatuh suka tu memang selalu..apa-apa pun, yang pastinya sekarang cuma ada perasaan suka sahaja...cintan-cintun belum lagi..